Sejarah pembangunan Deepfake

Pembangunan teknologi ini berkembang dengan pesat dalam dua keadaan, iaitu kajian oleh institusi ilmiah dan pembangunan oleh orang-orang amatur di kalangan kelompok dalam talian.[13][14] Baru-baru ini, deepfake juga diguna pakai oleh pihak industri.[15]

Kajian ilmiah

Kajian ilmiah berkenaan teknologi ini selalunya berkisar dalam bidang visi komputer iaitu sebuah bidang kecil dalam sains komputer.[13] Contoh projek mercu tanda yang awal ialah program Tulis Semula Video (Video Rewrite) terbitan tahun 1997 yang mengubah suai rakaman video sedia ada mengenai seseorang yang bercakap agar kelihatan seperti dia mengomong-omongkan kata-kata daripada runut bunyi yang lain.[16] Sistem ini merupakan yang pertama mengautomasikan penganimasian semula wajah secara penuh menggunakan kaedah pembelajaran mesin untuk menghubungkaitkan bunyi yang terhasil oleh subjek video dengan bentuk wajah subjek.[16]

Projek ilmiah yang sezaman betumpu dalam penghasilan video yang lebih realistik di samping menambah baik kaedah sedia ada.[17][18] Program “Pensintesisan Obama (Synthesizing Obama)” terbitan tahun 2017 telah mengubah suai rakaman video bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, untuk menggambarkan beliau sedang mengucapkan kata-kata daripada runut bunyi yang lain.[17] Program Face2Face (MukaKeMuka) terbitan tahun 2016 mengubah suai rakaman video wajah seseorang agar kelihatan raut mukanya berubah-ubah mengikut raut muka orang lain dalam masa nyata.[18] Projek tersebut menyenaraikan kaedah pertama melakon semula raut muka dalam masa nyata adalah dengan penggunaan sebiji kamera tanpa ciri pengesanan kedalaman sebagai sumbangan kajian utama. Hal ini membolehkan kaedah ini dilaksanakan menggunakan kamera kebanyakan.[18]

Pada Ogos 2018, pengkaji di Universiti California, Berkeley menerbitkan senaskhah kertas kerja yang memperkenalkan suatu aplikasi tarian palsu yang membuat-buat kebolehan tarian yang cekap dengan menggunakan kepintaran buatan (AI).[19][20] Projek ini mengembangkan kegunaan teknologi ini sehingga meliputi seluruh tubuh bilamana hasil kerja sebelum itu hanya bertumpu pada kepala atau bahagian muka sahaja.[19]

Pembangunan amatur

Sepertimana yang disebut sebelum ini, teknologi ini mula diketahui dalam lingkungan orang ramai hasil pengembangan teknologi sedemikian yang melibatkan penebitan lucah dalam laman sosial Reddit pada Februari 2018.[2] Bagi kandungan tidak lucah pula, muka pelakon Nicolas Cage diganti masuk dalam beberapa filem.[21] Pada Disember 2017, Samantha Cole menerbitkan sebuah rencana mengenai r/deepfakes dalam Vice yang menarik perhatian arus perdana yang pertama mengenai perihal perkongsian palsuan ini dalam kalangan kelompok dalam talian.[22] Enam minggu kemudian, Cole menulis sebuah rencana susulan mengenai peningkatan yang mendadak jumlah lucah palsu berbantu AI.[2] Pada Februari 2018, kelompok r/deepfakes diharamkan para pengelola laman Reddit atas sebab perkongsian bahan lucah yang hilang kawalan.[23] Tapak-tapak web lain turut mengharamkan penggunaan pemalsuan ini dalam bahan lucah luar kawal termasuklah platform media sosial, Twitter malah juga servis bahan lucah, Pornhub.[24] Sungguhpun begitu, beberapa bidang tapak web lain masih membenarkan kandungan seumapaman antaranya termasuklah papan imej seperti 4chan dan 8chan.[25]

Kelompok dalam talian masih terus hidup termasuklah kelompok Reddit yang tidak berkongsi bahan lucahseperti r/SFWdeepfakes (singkatan "safe for work deepfakes" [deepfake selamat untuk tempat kerja]). Di r/SFWdeepfakes, ahli kelompok berkongsi pemalsuan ini yang menggambarkan selebriti, ahli politik dan lain-lain tanpa unsur-unsur lucah.[26] Kelompok dalam talian lain tetap meneruskan perkongsian teknologi ini di platform yang tidak mengharamkan bahan lucah sebegitu.[25]

Pembangunan komersial

Pada Januari 2018, sebuah perisian atas meja milikan dengan nama FakeApp telah dilancarkan.[27] Aplikasi ini membenarkan penggunanya mencipta serta berkongsi video-video dengan muka mereka saling bertukaran.[28] Setakat 2019, FakeApp telah digantikan oleh pilihan lain yang bersumber terbuka seperti Faceswap dan perisian berasaskan garis perintah, DeepFaceLab.[29][30]

Perusahaan dan syarikat yang lebih besar juga mula menggunakan deepfake.[15] Syarikat perisian mudah alih gergasi, Momo, menghasilkan sebuah aplikasi bernama Zao yang membolehkan penggunanya menindan muka mereka di televisyen dan cantasan wayang dengan hanya sekeping gambar.[15] Sebuah syarikat Jepun AI, DataGrid, telah menggunapakai suatu sistem menerapkan penyalinan imej mamtubuh penuh yang mampu menghasilkan seorang manusia tanpa sebarang asas.[31] Tujuan syarikat tersebut adalah untuk fesyen dan pakaian.